Wednesday, May 30, 2007

SOALAN-SOALAN LAZIM

Apa itu Evomium?
Evomium adalah alat penjimat bahan api mudah alih.

Bagaiman untuk menyebut Evomium?
E V O + M I U M = E V O M I U M

Evomium diperbuat dari bahan apa?
Ia adalah sepasang magnet kekal 'permanent magnet' yang direkacipta mengikut kelengkungan serta jejari tertentu yang menghasilkan medan magnet yang sangat kuat yang terhasil di antara duanya.

Adakah Evomium menyebabkan warranty kereta saya terbatal?
Tidak! Evomium adalah alat mudah alih, ia tidak akan menyebabkan 'warranty' kenderaan terbatal. Evomium adalah alat yang sama seperti alat mudah alih yang lain seperti stater remote kereta, radio kereta atau sebagainya. Evomium telah diuji dan dipastikan tidak memberikan sebarang kerosakan atau kemudaratan kepada komponen-komponen lain yang terdapat pada kenderaan anda.

Berapa lama Evomium mampu bertahan?Sepanjang hayat. Evomium di jamin sepanjang hayat.

Apakah yang unik terdapat pada Evomium?
Evomium menghasilkan pengaruh medan magnet yang sangat kuat. Pengaruh medan ini menyebabkan molekul-molekul hidrokabon terurai dan memudahkan untuk oksigen bergaul padu seterusnya memudahkan pembakaran lengkap lagi bersih.

Evomium khabarnya tersangat bagus...betul ke...!
Ianya amat sukar dipercayai setiap orang tidak mahu atau memperdulikan penemuan teknologi yang baik ketika iannya ditemui. Dengan keadaan kewangan serta kemerosotan qualiti alam sekitar, makin ramai para saintis menjalankan ujikaji-ujikaji serta cuba menbuat penemuan baru agar masalah-masalah atau bebanan manusia dapat dikurangkan. Dengan harga bahan api yang semakin melambung tinggi, produk ini telah menemui anda di pasaran dengan harapan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan yang menimpa kehidupan anda seharian. Evomium menawarkan peluang untuk menjimatkan wang anda di samping menolong mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Apa itu hidrokarbon?
Ia adalah kombinasi di antara hidrogen and karbon yang terdapat dalam bahan api.

Apakah rantaian hidrokarbon?
Rantaian Hidrokarbon adalah molekul-molekul yang menyebabkan ianya terperangkap dari bergaul padu dengan oksigen semasa pembakaran.

Bolehkan Evomium berfungsi pada semua qualiti bahan api?
Boleh, Evomium tiada masalah untuk memberikan kesan yang maksimum pada semua jenis, kategori, kualiti bahan api.

Adakah Evomium akan memberikan masalah kepada sistem komputer kenderaan saya?
Tidak! Komputer sistem biasanya terletak di dalam kenderaan anda. Jarak antara komputer kenderaan anda adalah jauh dari tempat evomium dipasang. Amatlah jauh risiko yang akan dihadapi berbanding dengan kepanasan enjin yang berdepan dengan komputer kenderaan anda. Evomium di jamin selamat.

Mampukah Evomium memberi kuasa lebih?
Ya, kebanyakan pelanggan evomium telah melaporkan beliau memperolehi peningkatan kuasa walaupun kenderaannya menggunakan bahan api yang berkualiti rendah.

Bolehkah Evomium berfungsi ke atas diesel, gas atau LPG?
Ya, memang boleh.

Bolehkah saya memasang sendiri Evomium?
Boleh, Setiap orang dengan mudah saja mampu memasang sendiri alat evomium. Anda hanya perlu mengetahui saluran bahan api yang menghampiri 'carburetor' atau 'Fuel Injection System'' kenderaan anda. Kami memberi jaminan kepada anda jika anda mengetahui saluran tersebut ianya mengambil kurang dari 2 minit untuk memasangnya.

Bolehkah saya memindah alih Evomium ke kenderaan lain?
Boleh. Anda boleh memindah alih Evomium dengan mudahnya dan memasangnya ke kenderaan lain.

Adakah apa-apa perkara yang perlu saya buat setelah saya memasang Evomium?
Pada amnya tiada. Bagaimanapun anda perlu melakukan penyelenggaraan kereta anda seperti biasa dan sentiasa memastilan 'air filter' sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Adakah apa-apa implikasi terhadap kenderaan jika saya memindah alih evomium?
Tiada! Kenderaan anda akan balik normal seperti mana sebelum anda memasang evomium.

Bolehkan Evomium dipasang pada saluran bahan api jenis getah ataupun besi?
Boleh, bagaimanapun pastikan evomium dipasang sehampir yang boleh pada 'Carburetor' atau 'Fuel Injection System'.

Perlukah saya memotong saluran bahan api atau mengubahsuai enjin kenderaan saya?
Tidak perlu sama sekali. Hanya pastikan kenderaan anda sentiasa berada di dalam penyelenggaraan yang baik.

Bilakah sepatutnya saya menyemak kilometer perjalanan kenderaan saya dan bilakah sepatutnya saya mendapat keputusannya?
Pastikan anda menyemak purata kilometer perjalanan/liter sebelum dan selepas anda memasang evomium. Purata kilometer perjalanan/liter adalah jumlah kilometer perjalanan kenderaan anda di bahagi dengan jumlah minyak yang digunakan. Bagi mendapatkan keputusan yang baik anda perlu memandu lebih dari 2000km dan bandingkan kedua-dua keputusan yang anda perolehi.

Contoh bagaimana pengiraan dibuat:-

SEBELUM DAN SELEPAS PEMASANGAN EVOMIUM (Memandu secara normal)
Kenderaan UNSER 1.8LGX (A)

Permulaan ujian

Sebelum Pemasangan
Selepas Pemasangan
Isi petrol (sepenuh tangki)


Tekan Odo meter
0km
0km
Baca Odo meter setelah isi petrol (sepenuh tangki)
47liter = 380km
47liter = 480km
Perbezaan kilometer
380km
480km
Kilometer/liter
380km/47liter
8.085km/liter
480km/47liter
10.212km/liter

Teruskan pemanduan secara normal dan isi petrol setelah tangki hampir habis dan buat catatan seperti di bawah
Baca Odo meter setelah isi petrol (sepenuh tangki)
47liter = 765km
47liter = 968km
Perbezaan kilometer
(765-380)=385km
(968-480)=488km
Kilometer/liter
385km/47liter
8.191km/liter
488m/47liter
10.383km/liter

Lakukan pandu uji seterusnya dan buat pengiraan seperti di atas sebelum dan selepas pemasangan evomium dan bandingkan hasilnya.

Lakukan juga pandu uji dengan kelajuan melebihi 110km/j sebelum dan selepas pemasangan dan bandingkan hasilnya. Evomium memberi jaminan penjimatan bahan api 10% sehingga 30%.

Berapa lamakah Evomium dapat memberikan perbezaan pada kilometer perjalanan kenderaan saya?
Pada amnya anda akan merasa perubahannya pada kilometer perjalanan secara sertamerta. Perubahan ini menjadi lebih stabil setelah perjalanan kenderaan melebihi 2000km.

Kenapa 2000 kilometer?
Ini membolehkan Evomium menjalankan kerjanya mengeluarkan saki baki Karbon dan kekotoran yang terkumpul. Untuk membersihkannya ia mengambil jarak kurang lebih 2000km iaitu tempoh penstabilan yang lengkap atau sempurna. Walaubagaimanapun tempoh masa tersebut bergantung juga pada habit pemanduan anda. Jesteru itu anda dinasihatkan memandu dengan kelajuan yang telah kami cadangkan.

Berapa banyak penjimatan yang boleh saya perolehi?
Ianya bergantung ke atas saiz dan jenis enjin kenderaan anda, habit pemanduan di bandar atau di lebuhraya dan keadaan cuaca. Pada amnya penjimatan bahan api adalah dari 10% ke 30% dan terdapat juga yang melapurkan melebihi 30%. Kebanyakan pelanggan evomium melapurkan memperoleh kuasa pecutan kurang lebih sebanyak 20%.

Bagaimana Evomium berkerja dan membersihkan enjin?
Molekul-molekul hidrokarbon yang melalui evomium akan terurai disebabkan aruhan medan magnet yang merangsang atau menggalakkan penguraian molekul-molekul hidrokarbon. Kenderaan tanpa evomium akan menyebabkan enjin kenderaan anda akan mengumpul karbon serta kekotoran di sebabkan pembakaran yang tidak lengkap. Kelompol-kelompok molekul yang tidak sekata sememangnya terdapat di dalam bahan api yang mana ia akan terperangkap dan sukar untuk bergaul padu dengan oksigen bagi memperolehi pembakaran yang lengkap. Bahan api yang tidak terbakar akan dikeluarkan ke udara dan setengahnya tertinggal di dalam engin sebagai karbon dan bahan kotoran. Dengan adanya evomium maka akan berlaku sebaliknya. Enjin akan bersih kerana oksigen dapat menembusi setiap molekul hidrogen dan karbon semasa pembakaran berlaku.

Adakah suhu yang tinggi akan menjejaskan keupayaan evomium?
Teknologi evomium telah direka cipta dan di jamin mampu beroperasi pada suhu maksimum 590°F (310°C). Untuk pengetahuan anda suhu kepanasan maksimum di dalam ruang enjin kenderaan anda adalah kurang lebih 170°C. Jika suhu engin kenderaan anda melebihi 170°C, maka salur bahan api dan lain-lain salur yang diperbuat dari getah akan cair.
Bagaimana harus saya berpuas hati kesan terhadap pemasangan evomium?
Secara amnya, kami menerima maklum balas dari pelanggan-pelanggan kami yang menggunakan enomium di mana hasilnya di antara 10% ke 30% penjimatan bahan api bagaimanpun cara yang terbaik adalah dengan mengujinya sendiri. Jika anda merasa tidak berpuas hati sepenuhnya, kami menjanjikan pulangan kembali wang anda. Sila rujuk jaminan evomium di atas. Kami sangat komited memberikan perkhidmatan yang terbaik dan khidmat selepas jualan kepada setiap pelanggan kami.

Mengapa pengkilang kenderaan tidak mengkaji uji Evomium?
Setakat ini tiada pengkilang kenderaan mengkaji uji Evomium, Mereka lebih tertumpu dalam mereka cipta kenderaan sesuai pada zamannya dengan menitik beratkan ciri-ciri keselamatan berbanding penjimatan bahan api. Dengan harga bahan api yang semakin melambung tinggi, mereka seharusnya mereka cipta kenderaan yang lebih effisen, mengurangkan penggunaan bahan api dan kurang pencemaran.

Adakah evomium merbahaya?
Tidak. Tetapi jauhkan dari kanak-kanak kerana evomium adalah sepasang magnet yang menarik antara satu sama lain dengan kuatnya.

No comments: